Kat ofis pulak bila time bulan posa nih mula lah memasing muka toya ajek terutamanye abang2 dan adik lelaki ku di pejabat tu. Almaklumlah, tak dapat nak memendekkan usia dengan Marlboro ke..Dunhill ke...Semporna Hijau ke....dan pelbagai jenama lagi (Encik Pengeluar harap maafkan saya di atas entry ini..hehhe). Yang wanita pulak pantang loceng punch card berbunyi time rehat, memasing dah stand by kat pintu lif dengan pelbagai agenda. Ada yang nak pegi membuat pelaburan di shopping mall dan tak kurang juga yang nak membeli juadah untuk berbuka dan juga makan tengahari (oppss..). Aku pun tak kurang hebatnya...sibuk ke sini dan sana mencuci mata apa yang patut. Tambah-tambah pulak ada kedai baru bukak..huishh tu yang lagi semangat berkobar-kobar tuh.
Puasa kali ni mmg penat giler!! Nak tau kenapa? Sebab aku ni bisnes kuih raya. Baru jek cuba-cuba carik market tahun ni. Manala tau, tahun depan boleh BOOM....rezeki namanya tu kan. So tiap-tiap hujung minggu sure berkampung at umah anak buah aku dok menggentel kuih. Penat tak usah ceritalah, tapi sebab mata dah nampak RM je tu yang gagah jugak buat. Hasilnye???? Alhamdulillah..raya tahun ni dapatlah lebih sikit bajet yang tak kacau gaji bulanan. Bukan nak kata tapi duit ehsan yang government bayar tu aku tak usik pun untuk simpan esok2 kalau ada emergency nak guna.
![]() |
| Sarang lebah tidak bermadu |
![]() |
| Pirng yang sempat sambar kat KK |
![]() |
| Chopstick holder yang aku jadikan bekas sudu |
![]() |
| Oil burner yang banyak berjasa me'wangikan' segenap ruang rumah |




0 comments:
Post a Comment