skip to main | skip to sidebar

Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama

Pages

  • Home

Kisah beraya

Masa aku ber'blogging' ni actually masa hari raya. So orang kata masih dalam mood raya lagi lah memandangkan ni baru Syawal ke-8. Raya aku tahun ni biasa-biasa aje..bak kata orang ala kadar gitu. Tapi dah nama pun hari raya kan, dalam ala-ala kadar tu sempat gak lah aku menghanguskan duit keuntungan bisnes kecil-kecilan aku tu kat K.K Home Deco, kat Houz Depot dan tak lupa juga di Sogo. Hehehe....iyelah, bukannye membazir pun. Niat aku memang murni, untuk menghidupkan suasana raya tu kan? Mesti kaum-kaum pempuan di laur sana pun setuju dengan kata-kata aku nih. Kaum yang satu lagi tu entahlah.....bagi yag dah ber'isteri' terpaksa pendam je lah dalam hati kalau nyampah pun kan. Kitarog bukannye apa, kesian pulak shopping complex tu takut tak meriah kalau kaum kami ni tak datang meng'imarahkan' suasana sale kat sana..hahhaha. Oklah stop bab shopping k.

Ni nak cerita pasal kisah raya. Masa raya pertama tu jatuh hari Jumaat kan?? Aduiii punyelah letih rasanye pagi tu, bukan letih sebab beraya tapi letih dok mengemas umah. Aku dengan Cik Abg aku mengemas dari selepas sahur sampai kul 3 pagi pun dok siap-siap lagi. Pinggang rasa macam nak putus, kaki rasa mcm bengkak, tumit sakit takleh nak ceritalah kan...sakit gilerrrr!!!! Sudahnye, aku cuma berjaya masak rendang ayam je tanpa nasi impit atau pun ketupat. Sebab dalam otak aku dah plan raya pertama mesti nak gi umah makcik husband aku, makan kuah kacang ke apa ke. Confirm dia masak punyerr!! Bila mr.husband gi semayang raya aku sambung agenda aku kemas sikit...and mandi sunat Aidilfitri.

Pastu lepak jap sampai pas solat Jumaat barulah kami gerak ke umah makcik dia. Fuuhh lega!!! Punyelah lapauuu...tapi sebab perut dah masuk angin jadik aku makan sikit jek. Yang penting dapat menjamu selera dengan sambal goreng special. Masakan ni popular di kalangan orang jawa tp husband aku bukan orang jawa...aku pun tak selidik cemana makcik dia PRO giler2 buat sambal goreng tu. Tak kisahlah, janji konyang!!! Dalam pukul 3ptg kami balik umah akak aku plak sebab nak sambung agenda beraya kat kampung pulak..

Memang raya sakan lah kitaorg. Yelah, tahun lepas tak dapat beraya sebab mak aku masuk hospital (aku laki bini raya kat sepital je lah...). Jadi tahun ni kira qada' yang tahun lepas punye raya ler...walaupun penat tapu aku puas hati sebab dapat gak merasa suasana raya yang sebenar...iskkiskk. And yang syok dapat makan putu mayam yang makcik aku tak pernah miss buat tiap kali hari raya. Rasanya dah lama aku tak makan putu mayam buatan dia. Tak lupa jugak tapai pulut istimewa buatan maksu aku. Mr husband dulu tak caya tapai tradisi kami kaler hijau, puas hati dapat tunjuk the real tapai kat dia.
Posted by Lady Owner Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Benda yang aku suka

  • Ber Muka Buku
  • Karya Mr. Sheldon
  • Graphic Editing

Blog Archive

  • ►  2017 (3)
    • ►  September (3)
  • ►  2013 (12)
    • ►  July (7)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
  • ▼  2010 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)
    • ▼  September (11)
      • Gamitan KK
      • SAKIT KEPALA......
      • Cuti di Cameron Highlands
      • Jauh Perjalanan Luas Pandangan
      • Terapi Wanita
      • Monday Blues
      • Rutin semenjak 'makeover'
      • Keranamu Laksa
      • Alkisah puasa
      • Kisah beraya
      • Aku Menulis

Followers

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pautan Xpress

  • family (1)
  • giatmara (2)
  • Karnival (1)
  • kecantikan (4)
  • KKLW (1)
  • kokurikulum (2)
  • memori (1)
  • moh ngeteh (1)
  • resepi (4)
  • travel (1)
 
Copyright (c) 2010 Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes