skip to main | skip to sidebar

Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama

Pages

  • Home

Rutin semenjak 'makeover'


Kali ni nak citer tentang rutin harian selepas aku and mr. hubby buat 'makeover'. Ishhh bukan 'makeover' diri sendiri tapi 'makeover' rumah. Actually kitaorg start kemas umah 4hari sebelum raya...ganas tak?? Ni semua sebab sibuk dengan kuih raya punye pasal. Aku dengan tak malunye ambil EL hari isnin tu sebab rasa berdebar plak bila tengok keadaan umah yang kelam kabut. Memang tak boleh jadi ni, suka atau tidak, rajin atau malas...kitaorg kena operasi besar-besaran jugak. Umah kitaorg ni bukan besar pun, sekangkang kera aje..tapi dek disebabkan vitamin M yang banyak dalam badan masing2 tu yang jadik mcm DBKL tu.

Uihhh...habuk jangan ceritalah, berkilo u...aku siap pakai mask sebab kalau tak bersin katak la jawabnye. Punyelah banyak rupanye kitaorg menyimpan barang2 arkib kat umah ni..kebetulan pulak lori paper lama tu lalu..lega!!!! Dapatlah RM11 atas jualan paper kitaorg tu. korang bayangkan lah..banyak tu rm11 untuk paper lama...imagine brape tinggi kitaorg simpan kat umah..hikhik..

Semenjak buat 'makeover' haritu rutin harian aku ialah mengelap habuk, menyapu dan mengemop (ni lah perkara yang jarang-jarang aku buat sebelum ni). Tak taulah berapa lama boleh bertahan buat benda yang sama everyday. Bila dah start keje sok...rerasa akulah, ia akan kembali seperti dulu...yeehaaa!!!! Tapi bila memikirkan letih yg teramat bila mengemas setahun sekali tu, gagahkan diri gak lah melawan vitamin M yang dah lama berumahtangga dalam badan. Jadi..entry kali ni aku sertakan beberapa hasil 'makeover' umah yg berjaya kitaorg buat sempena hari raya tahun ni k. Enjoy!!!
ruang tamu selepas dicat dan juga tampal border
Tirai yang aku beli di Kamdar dan yang bulat-bulat tu stok lama yang aku beli kat SSF tahun lepas (kitar semula je la..). Bunga tu adalah ihsan dari akak aku sebab umah dia mmg byk bunga, dia sedekah je kat aku.
Hmm..tv kita ubah kat ruang tengah and meja makan bawa ke depan. Sarung sofa tu tempah kat opismate. Sarung kusyen kecik lak beli kat K.K Home Deco...murah je k.
Mr. hubby bertungkus lumus mengecat ruang tengah. Maklumlah lusa nak raya..ekekeke..
Carpet dan cermin tuh kitaorg baru beli malam raya. Hah..sempat lagi merayau kat kedai pakistan tu. 
Tempat letak tv sebelum 'makeover'. Langsir 'sale' yang aku beli 2 hari sblm raya kat Houz Depot.
Sudut yang aku suka sangat! Gambar tu hubby beli kat the curve and lampu hiasan kitaorg beli masa bercuti di Bukit Tinggi, Padang...
Posted by Lady Owner Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Benda yang aku suka

  • Ber Muka Buku
  • Karya Mr. Sheldon
  • Graphic Editing

Blog Archive

  • ►  2017 (3)
    • ►  September (3)
  • ►  2013 (12)
    • ►  July (7)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
  • ▼  2010 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)
    • ▼  September (11)
      • Gamitan KK
      • SAKIT KEPALA......
      • Cuti di Cameron Highlands
      • Jauh Perjalanan Luas Pandangan
      • Terapi Wanita
      • Monday Blues
      • Rutin semenjak 'makeover'
      • Keranamu Laksa
      • Alkisah puasa
      • Kisah beraya
      • Aku Menulis

Followers

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pautan Xpress

  • family (1)
  • giatmara (2)
  • Karnival (1)
  • kecantikan (4)
  • KKLW (1)
  • kokurikulum (2)
  • memori (1)
  • moh ngeteh (1)
  • resepi (4)
  • travel (1)
 
Copyright (c) 2010 Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes