skip to main | skip to sidebar

Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama

Pages

  • Home

Apa nak buat bila tensen???

Lately saya slalu tension...kadang-kadang bengang pun ada. Ntah la..tak tau sebab keje ke sebab apa...atau pun faktor penuaan (opsss...). Thats why saya selalu cari posting or article which is related on how to overcome stress (pls refer my previous post). Bila stress memang susah, nak buat apa pun tak seronok. Kalau buat pun sekadar separuh hati. Bila saya tension salah satu terapi kat rumah...saya akan bekerja di ofis rasmi saya. Jadi hari ni saya nak share salah satu menu hidangan lunch iaitu AYAM PALEMBANG.



Gambar dalam periuk je, x dan nak makeover lawa2 sebab tak sabar nak NGAPPP

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam - potong kecil
1 biji bawang besar - 1/2 blend dan 1/2 lagi hiris
santan kelapa
10-15 biji cili padi (klu nak pedas lebihkan la)
1 tbs cili giling
sedikit halia - blend
kicap manis
Sedikit asam gelugor

CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ayam dan perap dengan sedikit halia dan bawang besar yang dah dikisar dalam 30 min.
2. Tumis belen bahan kisar (halia, bawang besar dan cili padi). Bila naik bau, masukkan cili giling.
3. Masukkan ayam dan biar seketika hingga agak kecut.
4. Masukkan santan, kacau supaya tidak pecah minyak.
5. Masukkan kicap manis secukup rasa.
6. Bila hampir masak, boleh juga masukkan cili masak yang dah dibelah dan hirisan bawang besar sbg hiasan.

Resepi ni saya dah otter ikut kesesuaian tekak saya, maka bagi sesiapa yang nak mencuba juga boleh la sesuaikan ikut citarasa memasing ye.
Posted by Lady Owner 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: resepi

Statistik yang menjengkelkan

Agak lama juga saya tidak membuat apa-apa post dalam blog ini. Bukan kerana kegersangan idea tetapi seperti biasa alasan yang stereotype "saya sibuk". Frasa ini memang merupakan alasan yang kukuh untuk menyelamatkan diri. Maka selalunya frasa tersebut akan dikembangkan lagi kepada dua tiga frasa lain atau pun kadangkala menjadi sebuah cerita pendek. Sebenarnya banyak yang ingin saya kongsikan tetapi almaklumkan jadual saya minggu ini agak padat, malam-malam saya dipenuhi dengan agenda tempahan dari rakan-rakan. Kdang-kadang bukan keuntungan yang saya fikirkan tetapi lebih kepada tidak mahu menghampakan permintaan seseorang.

Percaya atau tidak, bagi anda yang mungkin terbaca, terlihat, terdengar atau mungkin anda yang membuat research ttg perkara ini bahawa statistik perceraian di Malaysia semakin meningkat. Dianggarkan setiap tahun sebanyak 12,000 kes perceraian difailkan di mahkamah. Tdak kurang juga kemeriahan menyambut menantu baru setiap tahun (harap-harap berkekalan ke anak cucu). Apa yang menyedihkan, statistik ini hanya merujuk kepada pasangan Islam sahaja. Mengapa?? Kadangkala ramai berpendapat bahawa perceraian lebih baik dari hidup bersama apabila tidak sehaluan lagi. Ada yang kata "lepas bercerai, kami akan terus berkawan demi anak-anak". Tak kurang juga yang mengimpikan " lepas bercerai, ramai lagi jejaka/gadis yang mahukan aku". Apa pun alasan yang diberi adalah cuma untuk menutup kekhilafan diri.

Memang tidak dinafikan, dalam melayari hidup berumahtangga terlalu banyak dugaan, onak dan duri yang telah dan bakal ditempuhi. Begitu juga kalau difikirkan bagi sesetengah pasangan yang terpaksa melalui pelbagai cabaran sebelum menempuh alam perkahwinan. Takkanlah kerana isteri masak nasi hangit, suami nak ceraikan isteri? Jangan kerana campur tangan keluarga hendak bercerai berai. Apa salahnya sekali sekala isteri tolong bayarkan bil?? (tapi kalau selalu...isteri perlu ingatkan suami tentang tanggungjawabnya). Saya terpanggil untuk membicarakan tajuk ini kerana sejak akhir-akhir ini cerai sudah jadi perkara biasa, mungkin juga dah jadi budaya. Apatah lagi di kalangan public figure, sini nikah...sana cerai..turun naik mahkamah..kadang-kadang siap masuk melodi dan hal rumah tangga jadi tontonan umum (kalau ye pun nak naikkan rating, banyak cara lain lagi yang lebih beradab).

Kalau sesebuah perkahwinan itu sentiasa bahagian tanpa ada gelombang...rasanya tiada kemanisan dalam rumahtangga. Semua seronok, semua sempurna seperti yang diimpikan. Kalau ada yang begini cepat-cepatlah selidik pasangan anda (tah-tah ada cawangan lain tak??). Bagi saya, pertengkaran itu perlu ada (untuk selingan saje), perbezaan pendapat pun perlu juga...semuanya sebagai asam garam dalam sesebuah perkahwinan. Mcam kata P.Ramlee (almaklumlah kan ini sambutan bulan seniman agung, jdi byk terpengaruh dgn cerita2 beliau), MASAM-MASAM MANIS...Seperti  GULA DAN KOPI (karya Abd. Jalil Ali), TEH TARIK KURANG MANIS (juga karya Abd. Jalil Ali)...begitulah hidup berumahtangga adanya. Pernah suami saya kata, boringnya kalau saya tiada (selalu saya outstation) sbb takde gu nak bertekak..hehehe..begitulah agaknya. Manusia cuma pandai menghargai sesuatu yang telah hilang...

Akhir kalam, jadilah insan yang pemaaf..suka meminta maaf dan tidak lokek memberi maaf. Berbahagialah dan bersyukurlah dengan pasangan yang telah Allah pinjamkan sementara kepada kita, kerana sesungguhnya kita tidak pernah terduga bila saat dan ketikanya Allah akan memanggilnya semula.



Lepas kahwin jangan malu jalan pegang tangan ye...kalau sebelum kahwin bukan main lagi berkepit...
Posted by Lady Owner 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

How to Release Your Stress - Just to Share

Entry kali ni sebenarnya nak share sikit tentang release stress. Bukan apa topik ni sangat2 relevan dengan saya pada tika dan saat ini. Hmm mmg tip-tip ni agak berkesan, originally quoted from this site STRESS RELIEF. Sapa-sapa yang berkesempatan leh la jalan-jalan sini k.



Take walks alone or with your family.
Taking a walk is one of the easiest stress relieving activities. A 20 minute brisk walk will change your state of mind and improves your health and fitness.



Avoid bad news and violent movies.
At the end of your stressful day at work, avoid watching bad news and violent movies. You have had enough for the day. End it with watching something refreshing humorous and funny with your spouse or family.



Have dinner together with the family or someone special.
Have dinner together and take pleasure from the company of your loved ones. Once in a while experience some exotic food.




Stargaze.
Release your tension and change your focus by taking time, if the weather permits and on a clear night, to gaze at the stars, the moon and the magnificent universe.


Read a great book before going to sleep.
Read a good novel, an inspiring or motivational book right before you say your good night to the world. Feed your mind with positive information before you close your eyes and slumber.









Listen to motivational or inspirational recording.
Do it during your drive back to release your tension from the traffic crawl. Listen to subliminal recordings as you lay yourself to sleep.













Take a nap in between the day.
A siesta will revitalize your energy to continue for the rest of the day. Even fifteen minutes nap is good.









Read to your children when you put them to sleep.
Take the time each night to read to your children. Enjoy and cherish the togetherness. They will soon grow up and will leave their nest.









Take time to play with your children.
You are the hero to your children. They need your presence while they are growing up. Spend time doing fun activities together.



Leave your work behind when you step out of the office.
Make it a habit to work only when you work. Once you step out of your office, leave unfinished work until the next day.




Update your journal.
Take time to write your observations, experiences, insights and emotions in your journal. It is a good way to release your tension. Reread them every few months and reflect on what you have written and experienced.


Forgive everyone.
At the end of the day, forgive everyone and even yourself for the hurt and idiosyncrasies. Don't bring your hurts and anger to sleep and brought to the next day.


Tell your loved ones that you care and love them.
Tell and show the important people in your life that you love them. A loving word, thought or gesture will make them feel special and appreciated. You will feel loved in return.





End your day with a prayer.
End your day thanking your Creator for giving you another opportunity and another day to experience the joy of living.















Get a good night sleep.
Release your tension with a good night sleep. Sleep like a baby and sleep well.






So..apalagi??? Dah ada tips kan?? Apply la yang mana satu bersesuaian. Jangan pulak ambik NAP masa keje pastu SLEEP terus. Itu memang tidak boleh dimaafkan (seperti mana yang terjadi di pejabat saya baru-baru ni, ada orang terkantoi  dengan bos). Jadi kalau rasa-rasa tak sihat atau pun ngantuk giler-giler, silalah berNAP di tempat yang sesuai...jangan jadikan ia amalan, sekali sekala takpe k.

To me..untuk release stress senang je. Samada shopping atau berblogging. Kalau shopping tu mmg release stress sangat-sangat cuma PERLU DIINGATKAN....."BERWASPADA KETIKA BERBELANJA". Takut nanti semakin stress pulak dengan hutang-hutang keliling pinggang. Yang paling afdhal, saya lebih suka update blog saya, selain bleh release dengan tulisan merapu saya...ia juga FREE!!! Bagi anda-anda di luar sana, tepuk dada tanya selera.....
Posted by Lady Owner 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

CATATAN HUJUNG MINGGU

Alhamdulillah..akhirnya tiba juga hari rehat saya dan juga hari rehat bagi semua pekerja yang bekerja makan gaji. Cuma cuti saya minggu ini dihabiskan bersama ibu saya di kampung (ibu tinggal dgn kakak yang sulung). Kebetulan kakak saya sekeluarga ke Medan menghadiri konvokesyen anak kedua, TAHNIAH Dr. Nadia (harap2 pasni bleh la dpt MC free..hehehe..). Sebenarnya banyak yang saya rencanakan untuk hujung minggu termasuklah menyiapkan bunga2 fondant saya khusus utk rakan sepejabat yang telah menempah awal2 lagi utk dihadiahkan kpd seseorang sempena pertunangan. Dan satu lagi saya juga teringin nak ke 'ofis rasmi' saya untuk mencuba resepi cheese cake dari seorang teman. Kalau jadi, bertambahlah koleksi kek saya nanti. Syokknyeee.

Tak lupa juga nak cerita tentang kursus yang dah berjaya saya tamatkan dengan jayanya di INTAN baru-baru ni. Bengkel ni memang seronok, saya enjoy habis-habisan. Hilang segala stress dalam kepala. Bagi sesiapa yang bergred 41 ke atas memang saya recommendkan untuk hadir. Banyak ilmu dan aktiviti yang boleh kita perolehi tau. Yang paling best bengkel Knowledge Management ni lebih banyak amali, so taklah bosan. Thank you to En Zack yang mengendalikan bengkel penuh sabar melayan kerenah kami semua. Kadang-kadang sebagai manusia kita perlu sekali sekala meluangkan masa pergi kursus-kursus intelektual macam ni, sebab tak semua benda kita tahu. 

Susunan mengikut ketinggian...seperti biasa yang renek dan rendang berada di hujung sekali.
Gambar group yang sempat dirakam waktu hari terakhir di INTAN. Kebetulan dalam group kami mmg ada RATU FOTO (sorry ayuu....jangan marah ye), apalagi kami yang macam kayu ni tumpang sekaki je lah. Kamera yang sya bawak elok tersimpan di dalam beg. Tapi dalam banyak-banyak aktiviti, yang paling saya suka ialah sesi video recording. Kami diberi kebebasan untuk membuat rakaman video mengikut konsep forum, temuramah etc. Syokk gilerrr!!! Nak jadi cerita...semua kamera yang digunakan untuk sesi rakaman habis bateri. Terpaksa pulak saya gabungkan clip tersebut..aduhaiii nasib baik dulu2 pernah juga belajar dan mengajar subjek video editing. Apapun BRAVO group BETA, walaupun tak dapat dinobatkan sebagai the best group tapi bagi saya WE'RE THE BEST AMONG THE BEST!!!!

Insyaallah kalau ada umur panjang dan rezeki kita akan berjumpa lagi. Manalah tahu Ayu mungkin bakal jadi pengetua sekolah di masa depan, Faizal pulak dah jadi orang2 besar di kementerian waima Helmi dah jadi pakar dalam bidang perubatan...(senang lah saya nak check kuman2 yang ada..hehehe). Oklah tu saja entry untuk kali ni...jumpa lagi!!!
Posted by Lady Owner 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Hari Pertama @ INTAN Bukit Kiara

Huh...miserable sungguh hari ni. Pagi tadi tah macam mana tersilap simpang. Destinasi dituju ialah INTAN Bukit Kiara, tapi aduhaiii u turn dah ditutup sebab construction. Tension!! Last-last patah balik lalu jalan biasa. Bila masuk dalam INTAN pulak, mak aiii tak jumpa IMATEC kat mana. Punyerlah tawaf sampai ke hujung, berenti tanya kat unit stor tu. Nasib baik diaorg baik hati tolong tunjuk IMATEC. Sudahnya saya sampai di iMATEC pukul 9.10 dengan tersengih-sengih ala kerang....... (sila isi tempat kosong). Kebetulan ada plak sorang minah pun sama datang lambat...hehehe..lega ada geng!!

So bab hari ni ialah tentang Knowledge Management disampaikan oleh En Zakaria. Hmm not bad, since saya pun dari background IT (walau dah lama beralih arah), bolehlah jawab sikit-sikit soklan yang diutarakan. Peserta cuma ada 16 orang, kalau kami tak datang maknanya ada 14 sahaja. Just nice untuk 4 kumpulan. Gred tak usah ceritalah...ada 41, 44 hatta 48. Saya??? Hmm saya mmg tak suka bernombor-nombor macam itu. Biarlah mereka dengan angka-angkanya.

Sesi habis dalam pukul 4.30 tapi ramai yang masih berat nak berganjak sebab sesi petang kami buat blog. Kebetulan dalam kumpulan saya takde yang familiar dgn blogging jadi secara otomatik saya membantu fasi. Ramai yang nampak enjoy dengan blog yang dibangunkan. Kata penceramah tema blog adalah bebas jadi dengan tak malunya kami buat nama jomrayaubersama.blogspot.com yang bermotifkan tempat-tempat menarik untuk dilawati (kononnya senang nak cari info kat internet). Rupanya kumpulan lain masih skema menggunakan tema KM....arghhhh akhirnya kami terpaksa akur. Sungguh tak relevan, tajuk blog jorayau tapi isinya sangat-sangat akademik. Lantaklah labu...asalkan konsep membina blog itu sampai pada semua ahli. heheheh..

Esok, tajuk lebih kepada tools and method. Menyedihkan saya kena ke hospital pulak....so tunggu entry esok ye...daaaaa
Posted by Lady Owner 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Mee Kari Oh Mee Kari

Semalam saya ke pasar malam dengan Mr. Hubby sebab dia kata boring duduk rumah. Awalnya saya cadang nak duduk dalam kereta saje so saya tak perlu sibuk-sibuk nak tukar baju. Cukup dengan t-shirt dan legging. Tetapi Mr. Hubby kata dia tak mau pulak jalan sensorang...ishhhh tension betul lah. So dalam keadaan yang tak berapa rela dan keikhlasan yang agak sedikit saya pun tukar le jugak pakaian yang lebih sopan. Bila sampai pasar dah agak lewat, tak banyak pilihan yang ada. Sayur pun dah tak berapa ada. Plan nak buat mee kari..last-last kitaorg decide nak beli di kedai runcit aje.

Jadi hari ni pagi-pagi lagi aku bangun dan keluarkan ayam dari freezer. Mr. Hubby pulak bertugas membeli bahan-bahan di kedai runcit. Macam-macam hal...first time beli fishcake dah tak elok. seocnd time beli santan pulak basi.Aduiiii frust betul. Apapun at last jadik juga mee kari version saya. Sebenarnya kalau dapat rempah giling lagi best, tapi apakan daya dah takde stok. Saya guna je serbuk kari.


RESEPI MEE KARI

Ayam dipotong kecil
Fishball dibelah dua
Fishcake dihiris sederhana tebal
3 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
Serbuk / rempah kari daging
Daun kari

BAHAN MEE
Sepeket mee
Cili merah dihiris nipis
Bawang goreng
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang

CARA-CARA:
1) Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang.
3) Masukkan rempah kari yang dah dibancuh. Kacau hingga pecah minyak.
4) Masukkan ayam/daging dan fishball/fishcake. biarkan seketika.
5) Masukkan santan cair. Kacau supaya tidak pecah minyak.
6) Garam, gula dan asam secukup rasa.
7) Masukkan daun kari.
8) Masukkan santan pekat.
9) Celur mee dan hidangkan bersama telur rebus, cili hiris, daun sup/bawang serta bawang goreng.


Dua mangkuk mee dengan jus oren homemade yang dinikmati oleh kami berdua. Romantik youuu!!!!
Posted by Lady Owner 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: resepi

Akhirnya saya kembali...

Setelah 5 hari berkampung di dot...dot..dot...akhirnya dapat balik rumah, yeayyyy!!! Girang sungguh rasa hati bila tiba saat2 akhir berbengkel...tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Seingat saya, rakan-rakan peserta pun tak kurang hebatnya GUMBIRA dapat kembali bersama keluarga tersayang. Malam terakhir saya dapat lihat satu transformasi besar pada raut wajah semua. Terlukis keceriaan dan terzahir pada perbuatan. Kala ini, kalau kami para fasi minta buat apa pun saya berani jamin mereka sanggup lakukan. Almaklumlah...seksaan nak berakhir.

Walaupun terpaksa berkorban meninggalkan keluarga selama beberapa hari, saya puas kerana dapat menyempurnakan tugas yang diamanahkan. Alhamdulillah. Apapun...saya belajar beberapa perkara sepanjang berada di sana. Antaranya:

1) Manusia sukar mengubah sesuatu yang telah menjadi rutin. Kalau dah biasa makan nasi lemak Pak Ali setiap pagi, susah pula nak mencuba bihun goreng Kak Tipah sebab nasi lemak Pak Ali dah terbukti lemaknye walau kadang-kadang tak cukup rasa. Bihun goreng Kak Tipah belum tentu memenuhi selera, walaupun kata orang bihun gorengnya paling sedap dalam dunia!

2) Nombor masih menjadi elemen penting dalam mengkelaskan kedudukan seseorang. Makin banyak nombor, makin tinggilah rasa hormat orang lain padanya. Maka makin tunduk jugalah orang bawahan mereka. Tapi yang saya pelik, kalau tentang umur ramai pula tak suka bila angka semakin bertambah.

3) Kemesraan semakin hilang. Betul juga, walau pernah bersua tapi tidak di sapa. Terdetik juga di hati saya, agaknya jiran di rumah sebelah pun langsung kita tak kenal. Jangankan nak mengikut sunnah  40 buah rumah, yang dua disebelah pun belum tentu lagi. Kalau terlebih mesra susah juga, asyik nak bertenggek di rumah kita. Silap-silap berumahtangga, barulah haru satu keluarga.

Pendek kata, apa pun biarlah mengikut pepatah " Orang memberi kita merasa". Kalau tak beri, kami pun bukan hinginnn sangat!!!
Posted by Lady Owner 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Jamuan Raya 2010

Ni la alkisah jamuan raya opis tahun ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Majlis start kul 10 pagi sampai kul 3 petang. Tahun ni aku betul2 dapat enjoy the event sebab aku tak jadi AJK or emcee or whatever. Satu2nya tugas aku tahun ni ialah memenuhkan segenap ruang perut dengan makanan..dengan kata lain melantak lerrr. Tak banyak snappy sbb tak bawak camera sendiri. Ni pun grab dari member. Coming soon dengan gambar2 lain sikit masa lagi.

Nak dijadikan cerita, pas majlis habis ramai plak yang terpaksa BERCUTI disebabkan sakit perut. Seb baik aku sihat walafiat. Tak taulah samada aku x makan apa yang diaorg makan atau pun mungkin jugak disebabkan tahap KETEBALAN perut aku melebihi diaorg semua. Rasa-rasanya sebab yang ke-2 tu lebih afdhal kot. Huhuhuhu........Antara menu yang ada masa majlis tu cam biasa lah stereotype menu raya, rendang + lemang + nasi impit + sate. Menu wajib tiap-tiap tahun ialah cendol dan mee rebus. Menu-menu baru yang ada tahun ni aiskrim colek (sedapppp gilerrrrrr weiii), cucur jagung (goreng panas2 cam kat hotel), laksa sarawak, laksa penang, kebab daging. Len-len menu tambahan yg disponsor oleh setiap jabatan pun banyak....ada kek chocolate moist, cream puff, agar2 pelbagai rasa, roti jala, kerepek, kek lapis etc. Pendek kata macam-macam ada!! Semuanya high in fat and cholestrol!!Muahahahha....


Posted by Lady Owner 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home

Benda yang aku suka

  • Ber Muka Buku
  • Karya Mr. Sheldon
  • Graphic Editing

Blog Archive

  • ►  2017 (3)
    • ►  September (3)
  • ►  2013 (12)
    • ►  July (7)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
  • ▼  2010 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ▼  October (8)
      • Apa nak buat bila tensen???
      • Statistik yang menjengkelkan
      • How to Release Your Stress - Just to Share
      • CATATAN HUJUNG MINGGU
      • Hari Pertama @ INTAN Bukit Kiara
      • Mee Kari Oh Mee Kari
      • Akhirnya saya kembali...
      • Jamuan Raya 2010
    • ►  September (11)

Followers

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pautan Xpress

  • family (1)
  • giatmara (2)
  • Karnival (1)
  • kecantikan (4)
  • KKLW (1)
  • kokurikulum (2)
  • memori (1)
  • moh ngeteh (1)
  • resepi (4)
  • travel (1)
 
Copyright (c) 2010 Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes