skip to main | skip to sidebar

Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama

Pages

  • Home

Akhirnya saya kembali...

Setelah 5 hari berkampung di dot...dot..dot...akhirnya dapat balik rumah, yeayyyy!!! Girang sungguh rasa hati bila tiba saat2 akhir berbengkel...tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Seingat saya, rakan-rakan peserta pun tak kurang hebatnya GUMBIRA dapat kembali bersama keluarga tersayang. Malam terakhir saya dapat lihat satu transformasi besar pada raut wajah semua. Terlukis keceriaan dan terzahir pada perbuatan. Kala ini, kalau kami para fasi minta buat apa pun saya berani jamin mereka sanggup lakukan. Almaklumlah...seksaan nak berakhir.

Walaupun terpaksa berkorban meninggalkan keluarga selama beberapa hari, saya puas kerana dapat menyempurnakan tugas yang diamanahkan. Alhamdulillah. Apapun...saya belajar beberapa perkara sepanjang berada di sana. Antaranya:

1) Manusia sukar mengubah sesuatu yang telah menjadi rutin. Kalau dah biasa makan nasi lemak Pak Ali setiap pagi, susah pula nak mencuba bihun goreng Kak Tipah sebab nasi lemak Pak Ali dah terbukti lemaknye walau kadang-kadang tak cukup rasa. Bihun goreng Kak Tipah belum tentu memenuhi selera, walaupun kata orang bihun gorengnya paling sedap dalam dunia!

2) Nombor masih menjadi elemen penting dalam mengkelaskan kedudukan seseorang. Makin banyak nombor, makin tinggilah rasa hormat orang lain padanya. Maka makin tunduk jugalah orang bawahan mereka. Tapi yang saya pelik, kalau tentang umur ramai pula tak suka bila angka semakin bertambah.

3) Kemesraan semakin hilang. Betul juga, walau pernah bersua tapi tidak di sapa. Terdetik juga di hati saya, agaknya jiran di rumah sebelah pun langsung kita tak kenal. Jangankan nak mengikut sunnah  40 buah rumah, yang dua disebelah pun belum tentu lagi. Kalau terlebih mesra susah juga, asyik nak bertenggek di rumah kita. Silap-silap berumahtangga, barulah haru satu keluarga.

Pendek kata, apa pun biarlah mengikut pepatah " Orang memberi kita merasa". Kalau tak beri, kami pun bukan hinginnn sangat!!!
Posted by Lady Owner Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Benda yang aku suka

  • Ber Muka Buku
  • Karya Mr. Sheldon
  • Graphic Editing

Blog Archive

  • ►  2017 (3)
    • ►  September (3)
  • ►  2013 (12)
    • ►  July (7)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
  • ▼  2010 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ▼  October (8)
      • Apa nak buat bila tensen???
      • Statistik yang menjengkelkan
      • How to Release Your Stress - Just to Share
      • CATATAN HUJUNG MINGGU
      • Hari Pertama @ INTAN Bukit Kiara
      • Mee Kari Oh Mee Kari
      • Akhirnya saya kembali...
      • Jamuan Raya 2010
    • ►  September (11)

Followers

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pautan Xpress

  • family (1)
  • giatmara (2)
  • Karnival (1)
  • kecantikan (4)
  • KKLW (1)
  • kokurikulum (2)
  • memori (1)
  • moh ngeteh (1)
  • resepi (4)
  • travel (1)
 
Copyright (c) 2010 Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes