skip to main | skip to sidebar

Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama

Pages

  • Home

CATATAN HUJUNG MINGGU

Alhamdulillah..akhirnya tiba juga hari rehat saya dan juga hari rehat bagi semua pekerja yang bekerja makan gaji. Cuma cuti saya minggu ini dihabiskan bersama ibu saya di kampung (ibu tinggal dgn kakak yang sulung). Kebetulan kakak saya sekeluarga ke Medan menghadiri konvokesyen anak kedua, TAHNIAH Dr. Nadia (harap2 pasni bleh la dpt MC free..hehehe..). Sebenarnya banyak yang saya rencanakan untuk hujung minggu termasuklah menyiapkan bunga2 fondant saya khusus utk rakan sepejabat yang telah menempah awal2 lagi utk dihadiahkan kpd seseorang sempena pertunangan. Dan satu lagi saya juga teringin nak ke 'ofis rasmi' saya untuk mencuba resepi cheese cake dari seorang teman. Kalau jadi, bertambahlah koleksi kek saya nanti. Syokknyeee.

Tak lupa juga nak cerita tentang kursus yang dah berjaya saya tamatkan dengan jayanya di INTAN baru-baru ni. Bengkel ni memang seronok, saya enjoy habis-habisan. Hilang segala stress dalam kepala. Bagi sesiapa yang bergred 41 ke atas memang saya recommendkan untuk hadir. Banyak ilmu dan aktiviti yang boleh kita perolehi tau. Yang paling best bengkel Knowledge Management ni lebih banyak amali, so taklah bosan. Thank you to En Zack yang mengendalikan bengkel penuh sabar melayan kerenah kami semua. Kadang-kadang sebagai manusia kita perlu sekali sekala meluangkan masa pergi kursus-kursus intelektual macam ni, sebab tak semua benda kita tahu. 

Susunan mengikut ketinggian...seperti biasa yang renek dan rendang berada di hujung sekali.
Gambar group yang sempat dirakam waktu hari terakhir di INTAN. Kebetulan dalam group kami mmg ada RATU FOTO (sorry ayuu....jangan marah ye), apalagi kami yang macam kayu ni tumpang sekaki je lah. Kamera yang sya bawak elok tersimpan di dalam beg. Tapi dalam banyak-banyak aktiviti, yang paling saya suka ialah sesi video recording. Kami diberi kebebasan untuk membuat rakaman video mengikut konsep forum, temuramah etc. Syokk gilerrr!!! Nak jadi cerita...semua kamera yang digunakan untuk sesi rakaman habis bateri. Terpaksa pulak saya gabungkan clip tersebut..aduhaiii nasib baik dulu2 pernah juga belajar dan mengajar subjek video editing. Apapun BRAVO group BETA, walaupun tak dapat dinobatkan sebagai the best group tapi bagi saya WE'RE THE BEST AMONG THE BEST!!!!

Insyaallah kalau ada umur panjang dan rezeki kita akan berjumpa lagi. Manalah tahu Ayu mungkin bakal jadi pengetua sekolah di masa depan, Faizal pulak dah jadi orang2 besar di kementerian waima Helmi dah jadi pakar dalam bidang perubatan...(senang lah saya nak check kuman2 yang ada..hehehe). Oklah tu saja entry untuk kali ni...jumpa lagi!!!
Posted by Lady Owner Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Benda yang aku suka

  • Ber Muka Buku
  • Karya Mr. Sheldon
  • Graphic Editing

Blog Archive

  • ►  2017 (3)
    • ►  September (3)
  • ►  2013 (12)
    • ►  July (7)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
  • ▼  2010 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ▼  October (8)
      • Apa nak buat bila tensen???
      • Statistik yang menjengkelkan
      • How to Release Your Stress - Just to Share
      • CATATAN HUJUNG MINGGU
      • Hari Pertama @ INTAN Bukit Kiara
      • Mee Kari Oh Mee Kari
      • Akhirnya saya kembali...
      • Jamuan Raya 2010
    • ►  September (11)

Followers

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pautan Xpress

  • family (1)
  • giatmara (2)
  • Karnival (1)
  • kecantikan (4)
  • KKLW (1)
  • kokurikulum (2)
  • memori (1)
  • moh ngeteh (1)
  • resepi (4)
  • travel (1)
 
Copyright (c) 2010 Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes