skip to main | skip to sidebar

Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama

Pages

  • Home

Hari Pertama @ INTAN Bukit Kiara

Huh...miserable sungguh hari ni. Pagi tadi tah macam mana tersilap simpang. Destinasi dituju ialah INTAN Bukit Kiara, tapi aduhaiii u turn dah ditutup sebab construction. Tension!! Last-last patah balik lalu jalan biasa. Bila masuk dalam INTAN pulak, mak aiii tak jumpa IMATEC kat mana. Punyerlah tawaf sampai ke hujung, berenti tanya kat unit stor tu. Nasib baik diaorg baik hati tolong tunjuk IMATEC. Sudahnya saya sampai di iMATEC pukul 9.10 dengan tersengih-sengih ala kerang....... (sila isi tempat kosong). Kebetulan ada plak sorang minah pun sama datang lambat...hehehe..lega ada geng!!

So bab hari ni ialah tentang Knowledge Management disampaikan oleh En Zakaria. Hmm not bad, since saya pun dari background IT (walau dah lama beralih arah), bolehlah jawab sikit-sikit soklan yang diutarakan. Peserta cuma ada 16 orang, kalau kami tak datang maknanya ada 14 sahaja. Just nice untuk 4 kumpulan. Gred tak usah ceritalah...ada 41, 44 hatta 48. Saya??? Hmm saya mmg tak suka bernombor-nombor macam itu. Biarlah mereka dengan angka-angkanya.

Sesi habis dalam pukul 4.30 tapi ramai yang masih berat nak berganjak sebab sesi petang kami buat blog. Kebetulan dalam kumpulan saya takde yang familiar dgn blogging jadi secara otomatik saya membantu fasi. Ramai yang nampak enjoy dengan blog yang dibangunkan. Kata penceramah tema blog adalah bebas jadi dengan tak malunya kami buat nama jomrayaubersama.blogspot.com yang bermotifkan tempat-tempat menarik untuk dilawati (kononnya senang nak cari info kat internet). Rupanya kumpulan lain masih skema menggunakan tema KM....arghhhh akhirnya kami terpaksa akur. Sungguh tak relevan, tajuk blog jorayau tapi isinya sangat-sangat akademik. Lantaklah labu...asalkan konsep membina blog itu sampai pada semua ahli. heheheh..

Esok, tajuk lebih kepada tools and method. Menyedihkan saya kena ke hospital pulak....so tunggu entry esok ye...daaaaa
Posted by Lady Owner Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Benda yang aku suka

  • Ber Muka Buku
  • Karya Mr. Sheldon
  • Graphic Editing

Blog Archive

  • ►  2017 (3)
    • ►  September (3)
  • ►  2013 (12)
    • ►  July (7)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
  • ▼  2010 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ▼  October (8)
      • Apa nak buat bila tensen???
      • Statistik yang menjengkelkan
      • How to Release Your Stress - Just to Share
      • CATATAN HUJUNG MINGGU
      • Hari Pertama @ INTAN Bukit Kiara
      • Mee Kari Oh Mee Kari
      • Akhirnya saya kembali...
      • Jamuan Raya 2010
    • ►  September (11)

Followers

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pautan Xpress

  • family (1)
  • giatmara (2)
  • Karnival (1)
  • kecantikan (4)
  • KKLW (1)
  • kokurikulum (2)
  • memori (1)
  • moh ngeteh (1)
  • resepi (4)
  • travel (1)
 
Copyright (c) 2010 Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes