Ni la alkisah jamuan raya opis tahun ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Majlis start kul 10 pagi sampai kul 3 petang. Tahun ni aku betul2 dapat enjoy the event sebab aku tak jadi AJK or emcee or whatever. Satu2nya tugas aku tahun ni ialah memenuhkan segenap ruang perut dengan makanan..dengan kata lain melantak lerrr. Tak banyak snappy sbb tak bawak camera sendiri. Ni pun grab dari member. Coming soon dengan gambar2 lain sikit masa lagi.
Nak dijadikan cerita, pas majlis habis ramai plak yang terpaksa BERCUTI disebabkan sakit perut. Seb baik aku sihat walafiat. Tak taulah samada aku x makan apa yang diaorg makan atau pun mungkin jugak disebabkan tahap KETEBALAN perut aku melebihi diaorg semua. Rasa-rasanya sebab yang ke-2 tu lebih afdhal kot. Huhuhuhu........Antara menu yang ada masa majlis tu cam biasa lah stereotype menu raya, rendang + lemang + nasi impit + sate. Menu wajib tiap-tiap tahun ialah cendol dan mee rebus. Menu-menu baru yang ada tahun ni aiskrim colek (sedapppp gilerrrrrr weiii), cucur jagung (goreng panas2 cam kat hotel), laksa sarawak, laksa penang, kebab daging. Len-len menu tambahan yg disponsor oleh setiap jabatan pun banyak....ada kek chocolate moist, cream puff, agar2 pelbagai rasa, roti jala, kerepek, kek lapis etc. Pendek kata macam-macam ada!! Semuanya high in fat and cholestrol!!Muahahahha....


0 comments:
Post a Comment