skip to main | skip to sidebar

Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama

Pages

  • Home

Statistik yang menjengkelkan

Agak lama juga saya tidak membuat apa-apa post dalam blog ini. Bukan kerana kegersangan idea tetapi seperti biasa alasan yang stereotype "saya sibuk". Frasa ini memang merupakan alasan yang kukuh untuk menyelamatkan diri. Maka selalunya frasa tersebut akan dikembangkan lagi kepada dua tiga frasa lain atau pun kadangkala menjadi sebuah cerita pendek. Sebenarnya banyak yang ingin saya kongsikan tetapi almaklumkan jadual saya minggu ini agak padat, malam-malam saya dipenuhi dengan agenda tempahan dari rakan-rakan. Kdang-kadang bukan keuntungan yang saya fikirkan tetapi lebih kepada tidak mahu menghampakan permintaan seseorang.

Percaya atau tidak, bagi anda yang mungkin terbaca, terlihat, terdengar atau mungkin anda yang membuat research ttg perkara ini bahawa statistik perceraian di Malaysia semakin meningkat. Dianggarkan setiap tahun sebanyak 12,000 kes perceraian difailkan di mahkamah. Tdak kurang juga kemeriahan menyambut menantu baru setiap tahun (harap-harap berkekalan ke anak cucu). Apa yang menyedihkan, statistik ini hanya merujuk kepada pasangan Islam sahaja. Mengapa?? Kadangkala ramai berpendapat bahawa perceraian lebih baik dari hidup bersama apabila tidak sehaluan lagi. Ada yang kata "lepas bercerai, kami akan terus berkawan demi anak-anak". Tak kurang juga yang mengimpikan " lepas bercerai, ramai lagi jejaka/gadis yang mahukan aku". Apa pun alasan yang diberi adalah cuma untuk menutup kekhilafan diri.

Memang tidak dinafikan, dalam melayari hidup berumahtangga terlalu banyak dugaan, onak dan duri yang telah dan bakal ditempuhi. Begitu juga kalau difikirkan bagi sesetengah pasangan yang terpaksa melalui pelbagai cabaran sebelum menempuh alam perkahwinan. Takkanlah kerana isteri masak nasi hangit, suami nak ceraikan isteri? Jangan kerana campur tangan keluarga hendak bercerai berai. Apa salahnya sekali sekala isteri tolong bayarkan bil?? (tapi kalau selalu...isteri perlu ingatkan suami tentang tanggungjawabnya). Saya terpanggil untuk membicarakan tajuk ini kerana sejak akhir-akhir ini cerai sudah jadi perkara biasa, mungkin juga dah jadi budaya. Apatah lagi di kalangan public figure, sini nikah...sana cerai..turun naik mahkamah..kadang-kadang siap masuk melodi dan hal rumah tangga jadi tontonan umum (kalau ye pun nak naikkan rating, banyak cara lain lagi yang lebih beradab).

Kalau sesebuah perkahwinan itu sentiasa bahagian tanpa ada gelombang...rasanya tiada kemanisan dalam rumahtangga. Semua seronok, semua sempurna seperti yang diimpikan. Kalau ada yang begini cepat-cepatlah selidik pasangan anda (tah-tah ada cawangan lain tak??). Bagi saya, pertengkaran itu perlu ada (untuk selingan saje), perbezaan pendapat pun perlu juga...semuanya sebagai asam garam dalam sesebuah perkahwinan. Mcam kata P.Ramlee (almaklumlah kan ini sambutan bulan seniman agung, jdi byk terpengaruh dgn cerita2 beliau), MASAM-MASAM MANIS...Seperti  GULA DAN KOPI (karya Abd. Jalil Ali), TEH TARIK KURANG MANIS (juga karya Abd. Jalil Ali)...begitulah hidup berumahtangga adanya. Pernah suami saya kata, boringnya kalau saya tiada (selalu saya outstation) sbb takde gu nak bertekak..hehehe..begitulah agaknya. Manusia cuma pandai menghargai sesuatu yang telah hilang...

Akhir kalam, jadilah insan yang pemaaf..suka meminta maaf dan tidak lokek memberi maaf. Berbahagialah dan bersyukurlah dengan pasangan yang telah Allah pinjamkan sementara kepada kita, kerana sesungguhnya kita tidak pernah terduga bila saat dan ketikanya Allah akan memanggilnya semula.



Lepas kahwin jangan malu jalan pegang tangan ye...kalau sebelum kahwin bukan main lagi berkepit...
Posted by Lady Owner Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Benda yang aku suka

  • Ber Muka Buku
  • Karya Mr. Sheldon
  • Graphic Editing

Blog Archive

  • ►  2017 (3)
    • ►  September (3)
  • ►  2013 (12)
    • ►  July (7)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
  • ▼  2010 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ▼  October (8)
      • Apa nak buat bila tensen???
      • Statistik yang menjengkelkan
      • How to Release Your Stress - Just to Share
      • CATATAN HUJUNG MINGGU
      • Hari Pertama @ INTAN Bukit Kiara
      • Mee Kari Oh Mee Kari
      • Akhirnya saya kembali...
      • Jamuan Raya 2010
    • ►  September (11)

Followers

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pautan Xpress

  • family (1)
  • giatmara (2)
  • Karnival (1)
  • kecantikan (4)
  • KKLW (1)
  • kokurikulum (2)
  • memori (1)
  • moh ngeteh (1)
  • resepi (4)
  • travel (1)
 
Copyright (c) 2010 Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes