Di kala ini jam dah pun menunjukkan pukul 11.30 pagi. Hati terdetik dan jari pula mula tergedik-gedik nak menzahirkan satu catatan dalam blog yang dah lama ditinggalkan. Seingat saya mungkin dah hampir 3 minggu (atau mungkin lebih) saya tak meng'update' (ini bahasa saya ..adik-adik jangan tiru ye) sebarang posting/N3. Sebenarnya banyak perkara yang dah berlaku sepanjang tempoh saya 'bercuti' itu (bercuti dari menulis blog sahaja..bukan cuti2 malaysia). Dari detik terpaksa berkampung di MAYTOWER semasa deepavali hinggalah hari ini, banyak sungguh yang tak sempat dicatat.
Saya umpamakan blog ini seperti diari saya, yang lebih bersifat terbuka dan bebas. Sesiapa sahaja boleh membaca, memahami malahan mengkritik..saya tak kisah. Sebabnya apa yang saya tulis adalah bersdasarkan apa yang saya lihat, dengar dan alami..malah apa yang saya usulkan juga adalah pandangan diri saya sendiri tanpa ada paksaaan dari pihak-pihak yang lain. Oppss.maaf beremosi sebab ada pula suara-suara sumbang yang mula memperkatakan tentang blog ini. Kalau tak nak follow, janganlah baca ..kan senang macam tu.
Nampaknya banyak masa saya dihabiskan dengan kerja hakiki dan juga kerja-kerja sampingan saya. Minggu lepas sebelum raya haji adalah minggu maha sibuk saya dengan tepung dan marjerin (faham-fahamlah nak raya katakan). Sudahnya, juadah di pagi Aidiladha cuma sebiji kek blueberry cheese (yang agak terkeras sikit) dan mini lasagna. Aduhhh..nasib baik Encik Suami tak membebel...jadi makan tengahari kami hari tu ditunda dan kami menjamu selera di rumah kakak di KS. Alhamdulillahhhh...ada nasi beriyani, nasi impit, lemang dan laksa. Hehehehe.....sorry la bang penat sangat buat kek tempahan..tahun depan menu best, insyaallah. Kalau nak tgk mini quiche dan kek cheese tu boleh klik SINI.
Saya menulis ni sambil menggoreng daging untuk menu hari ni. Sambil menunggu daging tu garing sempat lah saya corat coret serba sedikit kan?? Oklah rasanya cukup dulu setakat ni. Kalau diizinkan Allah lagi 2-3 minggu baru saya update lagi kot. Maklumlah esok dan minggu hadapan saya dah mula outstation ke negeri sembilan dan Johor, apalagi??? kerja-kerja hakiki lah tu. Tak taulah sempat atau tidak membeli pasu yang cantik-cantik di Ayer Hitam nanti. Kalau ada..pasti akan saya uploadkan untuk share dengan kawan-kawan.
0 comments:
Post a Comment