skip to main | skip to sidebar

Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama

Pages

  • Home

Kembalinya seorang PENGEMBARA

Salam..

Amacam? Mengancam dan teruja tak dengan title entry kali ni? Confirm la kan... Seingat saya dah berminggu-minggu saya mengabaikan kewujudan blog ni. Dah bermacam-macam juga peristiwa yang berlaku yang tak sempat di tintakan di sini. Justeru, sekembalinya saya dari outstation ke beberapa negeri maka saya mencuri kesempatan ini untuk mencoretkan sesuatu di sini. Walaupun saya tahu dan sedar bahawa blog ini tiada pengikut setia, namun itu bukan tujuan sebenar saya ber'blogging'. Sekadar untuk meluah rasa dan berkongsi cerita dengan sesiapa sahaja di alam maya tanpa perlu rasa terkongkong dengan genre yanghendak ditulis.

Memang agak memenatkan bila kerja di luar kawasan ni, bukan tu sahaja malah poket pun makin menipis. Almaklumlah, kadang-kadang bila sesekali ditugaskan di tempat orang tentu ada-ada saje yang teringin di bawa pulang. Lagi-lagi kalau spesies bergincu macam saya ni, mudah betul tertarik dengan macam-macam benda. Nasib baiklah saya memandu sendiri, jadi boleh juga kereta yang dibawa tu transform jadi lori sewa..hehehe. Banyak juga peristiwa lucu malah mendebarkan lagi menggusarkan yang terjadi, biarlah ia menjadi rahsia saya dan partner saya sahaja..huhuhu. Mami B...jangan pecah lobang haaaa...

Kalau diikutkan hati, banyak yang nak saya zahirkan di sini tapi tak tau nak mula dari mana. Banyak sungguh nak diceritakan..bermula pengembaraan kami ke SERI MENANTI hinggalah ke Wilayah Iskandar...foohh, memang adventure!! Apa yang pasti lapisan lemak dan jarum penimbang kami berdua confirm mencanak-canak macam harga minyak yang naik baru-baru ni. Huh!! Tensen sungguh..hasrat nak berdiet tinggal impian semata-mata. Kalau tak jamah, orang kata tak sudi..sebagai tetamu kena jaga hati tuan rumah. Bila dah jamah..alamak sedap pulak, tu yang jadi melantak tu. Aduhaiii....susah betul nak jaga tekak ni. Seksa....

Tapi dalam banyak-banyak sesi kembara kami tentulah yang paling best dapat jugak merasa minum santai di Kluang Rail Cafe yang original. Harga pun original tau..bukan macam Kluang Station yang dah dikomersilkan tu ok. Saya cuma pekena kopi O dengan roti bakar. Hmm..kitaorg makan berempat tak sampai rm10 pun. Kalau kat kedai, set roti bakar je dah rm2.00++...hikhik..beselahkan..sewa kedai mahallll. Kira nak cover sewa lah tu, kos operasi lagik etc..etc.. Cuma yang x bestnya, cafe ni beroperasi waktu siang jek, senang citer time ada ketapi sebab depa cuma sambung warung kedai tu dengan stesen ketapi Kluang. Haaa??? Boleh imagine tak??? Huiii dia punye kayaaa waduhhhh..memang xleh lawan aaaa. Anyway tenkiu kepada host yang bagi souvenir kopi Kluang tu kat kitaorg. Ekceli mmg dah plan nak beli sbb stok dah habisss masa raya hari tu. Dok jamu jiran2 datang melepak kat umah malam2. Kalau korang yang suka minum kopi, try lah kopi ni. Pada pandangan peribadi saya yang suka kopi ni mmg kluang punyer lain dari kopitiam-kopitiam yang lain. Tapi klu yang suka ala2 mcm english coffee tu maybe tak inat kot kopi kluang ni.

Destinasi terkahir pengembaraan ialah sesi membeli belah di Ayer Hitam. Kebetulan plak hujan lebat jadi pengembaraan dipendekkan secara otomatik.Plan nak balik KL dibatalkan sbb dah petang sangat2 dan takut dan drive. Barulah tau rupanye di Ayer Hitam ni takde hotel. Ada satu je kat Parit Raja iaitu D Impiana. Malangnye...hotel penuh. Dalam ala-ala kekalutan dan tak tau jalan, redah je ke Batu Pahat. Alhamdulillah jumpa jugak hotel yang kitaorg duduk sebelum tu, adalah bilik kosong tp ahal sikit. Time nih kalau dia kata 200 pun saya sanggup walaupun xleh claim full...nasiblah kan. So bagi yang banyak duit tu kalau nak invest buat hotel silalah buat kat area2 tu ok?? Sebab ada KKTM apa kat situ, confirm kalau time pendaftaran ramai mak bapak anto anak, pastu xde tepat nak tidoq. Korang buat lah hotel yang basic je..x yah mewah2 benar...saya rasa ok kot????

Oklah..nanti later-later saya sambung balik cerita. Next post ialah resepi2 yang sempat saya hidangkan untuk Mr Hubby. Tunggu....
Posted by Lady Owner 3 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home

Benda yang aku suka

  • Ber Muka Buku
  • Karya Mr. Sheldon
  • Graphic Editing

Blog Archive

  • ►  2017 (3)
    • ►  September (3)
  • ►  2013 (12)
    • ►  July (7)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
  • ▼  2010 (22)
    • ▼  December (1)
      • Kembalinya seorang PENGEMBARA
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)
    • ►  September (11)

Followers

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pautan Xpress

  • family (1)
  • giatmara (2)
  • Karnival (1)
  • kecantikan (4)
  • KKLW (1)
  • kokurikulum (2)
  • memori (1)
  • moh ngeteh (1)
  • resepi (4)
  • travel (1)
 
Copyright (c) 2010 Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes