Petang-petang layann lagu2 lama syok gak kan?? Tak tau lah dah 2-3 harini radio suria.fm ssh nak dapat chanel online..ke pc aku je yg gitu? so aku layan lah radio johor kot..dah tu je yang xde gangguan. Tapi not bad gak lah sebab ada siarankan berita, ada ceramah agama etc. Taklah telinga aku wat dosa je dengar benda2 laghooo...(katanye). Tapi time lagu2 syiokk..kita miming jugak..itu harusssss...menghiburkan hati sendiri, jangan sampai menghiburkan orang satu floor ni pulak sudahlah.
Hari ni sampai ofis lambat. Ada emergency pagi tadi hantar hubby gi sepital. Macam biasa ofis memang xde air..so tahan je lah segala proses pelaburan aku buat sementara waktu. Hmm..pagi2 aku dah gi panjat tangga (tipu...naik lif je sebenarnya) nak jumpa CEO pasal program luar negara. Dalam otak ni dah macam2 ayat aku reka untuk justifikasi aku nak ikut skali ke sana. Punyelah habis doa2 harian aku baca sebelum nak masuk, pendek kata kalau Fazilah Kamsah tahu pun mesti dia tabik spring kat aku k. Punyelah jenuh aku merisik kat PA CEO, nak tau mood dia baik ke tak hari ni.
Bila nampak dia free je sikit, aku pun ketuk pintu nak jumpa. Mula-mula kena ayat baekkk punyer, cerita dulu lalu roundabout semua then baru lah cakap...
"Kak Timah (bukan nama sebenar, xkan akupanggil CEO aku Kak Timah kott...), boleh tak kalau saya join skali program ni?" Dalam hati dup dap dup dap nih..Bila dia diam..aku sambung..
"Saya rasa kalau saya pergi minggu pertama or minggu terakhir utk penilaian program, saya tak dapat apa2 selain berjalan-jalan je kat sana".
Phuiii ayat!!! Mesti takleh tahan kan kalau dengar??Macam rajin sangat jek. Aku sambung lagik..
" Saya nak tgk proses pembelajaran tu berlaku dari awal smp akhir. Dalam masa yang sama, saya boleh develop dan buat review curriculum sedia ada bila waktu lapang".
Wow!! Macam aku dah karang ayat tu sebulan..lancar je meluncur dari lidah. Kak Timah diam..pastu dia angguk2. Waa nampak mcm clue baik ni.
"Hmm..ye lah betul jugak tu, you boleh tgk dari awal. Senang nanti balik you boleh cerita apa yang berlaku. Dan perancangan2 selepas tu kan?". Kata Kak Timah.
Aku rasa macam nak peluk je dia time tu. Aku rasa mcm dialah orang yang paling best dalam dunia ni korang tau tak? Hahahaha..yahoooo...dapat gak aku pergi Kota London sebulan. Tapi aku pergi ni, akukena kotakan janji aku nak siapkan keje. Bukan setakat nak meronda tak tentu hala. Tak dinafikan, ronda tu memang salah satu niat dah tersemat siap2 dalam ati ni cuma takkan lah nk tunjuk sangat. Ellehh..aku rasa CEO aku pun boleh baca lah aku ni sebenranya nak berjalan sama. Bukan setakat nak wat keje. Cehh!! Dia lagi banyak makan garamm daaa...
Jadi pagi smp lunch time aku agak sibuk menguruskan hal ehwal luar negara diaorg ni. Nk emel mintak passport etc. Remeh gak tu kerjanya. Petang pulak aku ada meeting. Kalau dah meeting memang lama. Nak tunggu semua org sampai pun dah satu hal. Eii..kenapa lah diaorg ni suke sgt tak menepati waktu?Kalau dalam emel tu tulis jam 3pm, sila pastikan 5min sblm jam 3 korang dah sampai. Ni tak..5 minit selepas jam 3 pun belum nampak batang hidung. Apa kes?? Tension tau..cuba hormati masa orang lain...Ewahhh ceramah petang pulok dahhh..Oklah nasib baik hari ni dimulakan dengan berita baik2 dan menyeronokkan jadi mood aku taklah terganggu sangat dek kelewatan ahli2 mesyuarat tadi. Orait, nanti kita sambung esok. Akk nak balik daaa...
JOM KURUSS LAGI
Ok entri ni adalah sambungan daripada entri yang lepas tentang kurus. Hmm..aku ni memanglah sedikit obses dengan isu kurus. Sebabnya..iyelah kita ni agak gebu sikit jadi dalam hati tu memang teringin jugak nak slim melim macam kawan-kawan lain tu. Nampak cantik je deme melaram kan..kita ni nak pakai kebaya pun tak sanggup tgk diri sendiri. Kalau sendiri pun tak lalu nak tgk apatah lagi orang lain iye dak??
Nak dijadikan cerita, selepas mengalami proses kegemukan melampau sampai tahap obese, aku pun cuba-cuba nak menDIETkan tekak. Macam-macam program PERCUMA yang aku cuba..sudahnya cuma bertahan beberapa minggu je. Memang sakit jiwa nak tahan nafsu. Dah tu kalau nak cerita psl produk? Hmm macam-macam produk aku try. JM5 pun aku pernah cuba tapi uweekkk aku tak tahan nak minum. Entahlah..agaknya sebab aku ni takbiasa kot minum2 benda yang kureng sedap ni..memang meloya betul. Tak tau kenapa.
Pastu aku amik yg kapsul halia, ok jugaklah sbb membantu pepagi nak wat pelaburan memang mudah dan lancar. Tapi dari segi penurunan tu rasanye mcam takde kot. Cuma last week aku try SP..itu pun sebab dek tergoda dengan iklan-iklan dalam FB dan jugak kat internet. Biasalah bila hati dah digoda mula lah carik masa terluang nak menggoogle. Hmm..syok jugak baca testimoni yg dah pernah cuba tu kan. Aku suka sebab produk ni bukan meal replacement mcm Herbalife. Cuma kena minum banyak2 dlm 3-4 liter utk kesan maks. Agak susah jugak lah mula2 tuh nak telan air bebanyak..asyik nak ke toilet satu hal, perut ni rasa kembung satu macam je tau. Yang tension, time2 kita sibuk nak mendetox..air kat ofis plak xde..adoiii tak ke naya tu? Kita ni dahla semangat berkobar-kobar, dan dan timu tu jugak lah diaorg nak baiki pam lah itu ini. Eiii geramsss tul. So masuk hari ni baru 5 paket kot aku consume minum SP. Memang ada penurunan tapi hmmm ciputt je lah. X sampai 1kg kot. Huh!! Memang sangat degilll kot lemak2 dah bertapak kat badan ni. Tapi x kisahlah kan, lemak tu dah menghuni tubuh badan kita bertahun-tahun pastu ko ingat nak buang minum 10 peket hilang 10kg?? Baik ko minum julap banyak2..pastu masuk sepital..leh turun kilo dengan cepat kot kalau mcm tu...

Labels:
kecantikan