Ok entri ni adalah sambungan daripada entri yang lepas tentang kurus. Hmm..aku ni memanglah sedikit obses dengan isu kurus. Sebabnya..iyelah kita ni agak gebu sikit jadi dalam hati tu memang teringin jugak nak slim melim macam kawan-kawan lain tu. Nampak cantik je deme melaram kan..kita ni nak pakai kebaya pun tak sanggup tgk diri sendiri. Kalau sendiri pun tak lalu nak tgk apatah lagi orang lain iye dak??
Nak dijadikan cerita, selepas mengalami proses kegemukan melampau sampai tahap obese, aku pun cuba-cuba nak menDIETkan tekak. Macam-macam program PERCUMA yang aku cuba..sudahnya cuma bertahan beberapa minggu je. Memang sakit jiwa nak tahan nafsu. Dah tu kalau nak cerita psl produk? Hmm macam-macam produk aku try. JM5 pun aku pernah cuba tapi uweekkk aku tak tahan nak minum. Entahlah..agaknya sebab aku ni takbiasa kot minum2 benda yang kureng sedap ni..memang meloya betul. Tak tau kenapa.
Pastu aku amik yg kapsul halia, ok jugaklah sbb membantu pepagi nak wat pelaburan memang mudah dan lancar. Tapi dari segi penurunan tu rasanye mcam takde kot. Cuma last week aku try SP..itu pun sebab dek tergoda dengan iklan-iklan dalam FB dan jugak kat internet. Biasalah bila hati dah digoda mula lah carik masa terluang nak menggoogle. Hmm..syok jugak baca testimoni yg dah pernah cuba tu kan. Aku suka sebab produk ni bukan meal replacement mcm Herbalife. Cuma kena minum banyak2 dlm 3-4 liter utk kesan maks. Agak susah jugak lah mula2 tuh nak telan air bebanyak..asyik nak ke toilet satu hal, perut ni rasa kembung satu macam je tau. Yang tension, time2 kita sibuk nak mendetox..air kat ofis plak xde..adoiii tak ke naya tu? Kita ni dahla semangat berkobar-kobar, dan dan timu tu jugak lah diaorg nak baiki pam lah itu ini. Eiii geramsss tul. So masuk hari ni baru 5 paket kot aku consume minum SP. Memang ada penurunan tapi hmmm ciputt je lah. X sampai 1kg kot. Huh!! Memang sangat degilll kot lemak2 dah bertapak kat badan ni. Tapi x kisahlah kan, lemak tu dah menghuni tubuh badan kita bertahun-tahun pastu ko ingat nak buang minum 10 peket hilang 10kg?? Baik ko minum julap banyak2..pastu masuk sepital..leh turun kilo dengan cepat kot kalau mcm tu...
0 comments:
Post a Comment