skip to main | skip to sidebar

Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama

Pages

  • Home

Terjumpa Khazanah Lama

Aiii nak senyum pun ada bila belek-belek dalam folder gambar lama-lama. Salah satu benda yang paling saya suka buat bila bosan, saya akam scroll la folder yang tahun 2008 ke atau sebelumnya. Satu keburukan saya ialah tak suka pi 'cuci' gambar kesudahannya banyak koleksi yang hilang begitu sahaja. Serius sgt banyak! Especially pic dengan kawan masa bujan dulu. Mana yang ambil guna digital camera memang hancussss, paling sayang ialah pic beronok-ronok di Terengganu meraikan bachelor day saya. Aduhai, mana lah nak dikorek lagi. Habis semua kene virus. Sakit hati betul.

Sebab tu sometimes sy suka uplod ke data pesbuk je sbb apa hal senang boleh retrieve semula kan. Mungkin ada org kata elehhh itupun nak haplod, tapi itulah salah satu penyelesaiian yng ada selain simpan dlm cloud/drive. So, jangan lah bosan bila banyak post bergambar hehe. Kadang nak menulis di blog tak rajin mana, itu yg post je di pesbuk walau tanpa ayat2 manis leting nak dibaca.

Tapi pic yang ini memang lejen, gambar diambil masa kenduri kawin anak buah saya yg sulung. Sekarang anak dia dah nak masuk 5 org! Kami? Masih berdua macam dulu kala. Allah tak bagi rezeki anak pd kami lagi, saya pun malas nak fikir nanti jadi tension. Orang keliling pun malas dah nak tanya kot, cuma biasalah makcik yang tua-tua je yang dok tanya kenapa? Haha, kalaulah anak tu sesenamg mcm pi shopping kat supermarket, sekarang gak kami pi beli ye..so makcik bawang nak tanya boleh tapi jangan tanya KENAPA. Silap penggunaan soalan tu, sebab yang nak menjawab pun susah bila soalnnya KENAPA. Cuba ubah sikit teknik bertanya supaya yang ditanya pun bertenang je nak menjawab. Tak gitu???

Ahaaa, klu cerita bab anak kang tak habih pulak. Saya fikir positif je, kurang2 esok saya takde nak menanggung menjawab di hadapan DIA bila disoal ttg tugas dan tjawab sbg ibu bapa. Kat dunia je lah perit sikit nak mengadap manusia tapi takpe sbb dunia ni tak kekal. Cuma jika Allah beri rezeki, alhamdulillah syukur dan terima seadanya. Jika ditakdirkan takde, hidup juga perlu diteruskan. Mudah2an diberi kesihatan supaya tidak menyusahkan ahli keluarga yang lain, yelah kita makin tua dari sehari ke sehari bukannya makin gojes...ehehe.

Baju ni sy masih muat lagi, Allahu dah lama rupanya. Patutlah batu-batu hiasan dah tercabut..huhu



Azim dgn paksu menonton Moto GP di Sepang. Masa ni dia kecik dan suka mengikut kami ke mana-mana

Nasib baik bawa bekal biskut, budak kecik lapar dan susah pulak tu cari makanan.
Posted by Lady Owner 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: family, memori

Moh Ngeteh 2017 bersama Giatmara Kepong dan Kuala Lumpur

Pada 11 September 2017 saya berpeluang organized acara tahunan agensi2 di bawah KKLW, program MOH NGETEH. Ekceli program ni diperkenalkan oleh YB Dato Seri Ismail Sabri selepas beliau mengambl alih portfolio di KKLW. Tahun lepas saya sambut di HQ dengan kawan2 tapi tak terlibat secara langsung dengan persiapan. Jadi tahun ni saya overexcited nak sambut. Lebih-lebih lagi kali ni kami akan sambut di GM Kuala Lumpur. Lepas berbincang dgn semua staf kami putuskan untuk buat makan2 di timgkat 5, ala-ala Korea makan atas bumbung! Kami diskus sekejap je hari Khamis dan selebihnya bimcang dalam wasap. Nasib lah semua orang sporting, kalau tak adoiii fening jugak. Bagi menjimatkan belanja saya combinekan both center di bawah jagaan saya kami celebrate sekaligus. Tak dan lah nak sambut dua tempat kan.

Makanan kami lebih kpd potluck, ikut kelas masing-masing. Ada yg bawak bihun, buat roti, sandwich, bawak buh-buahan dll. Saya buat cekodok je, itupun terpisat-pisat mata bangun subuh adam dan menggodek cekosdok. Sadisnya, tepung lak tak cukup dan telur xde. Nasib baik kat ofis ada telur ayam, hayun je lah. Pelajar seronok la bila acara makan-makan, maknanya dah jimat belanja kat situ. Staff pun seronok juga sbb acara macam ni boleh rapatkan ukhwah sesama kita. Dulu bos saya selalu pesan, sekali sekala ajak staff sama2 kumpul dan makan togeder geder. Dia kata, sikap seseorang berbeza ketika dia makan dan ketika buat kerja dalam pejabat. Kalau mampu makan di luar lebih baik, tapi kalau tak dapat buat je di pejabat pun ok. Asalkan boleh duduk semeja.

Paling terharu bila cikgu dan pelajar sanggup datang hari minggu untuk siapkan photobooth yang Cantik dan Menarik sgtttt, Ya Allah sesungguhnya saya sangat bersyukur dikurniakan dan dikelilingi oleh insan2 hebat. Mereka DIY je guna bahan terbuang dan bahan sedia ada sbb saya kata kita jangan membazir beli barang yang tak perlu. Kalau beli utk makan xpe, hehe. Yg ni saya selalu ingat pesan arwah mak, dia pantang lah membazir sbb kita bukan org senang, nak dapat duit tu susah. Tapi kalau bab makan arwah mak memang tak kedekut dan pemurah cuma tak sampai tahap membazir. Kalau ada duit ke, xde duit ke mak akan cuba sediakan makanan yang sedap untuk keluarga terutama bila cucu balik...ehehehe. Oklah bebel je kan....x habis ooo klu nak cerita.


Nah sila jamu mata dgn menu dan gelagat kami.












Posted by Lady Owner 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: giatmara, KKLW, kokurikulum, moh ngeteh

Karnival Bike Fest Putrajaya 2017

Emmmmm, cemana nak start ye hehe almaklumlah post terakhir hampir 3tahun yang lalu. Aduhai, tak tau nak kata disebabkan busy atau lupa atau malas. Mungkin kesemuanya sekali. Ikutkan, entry tentang London tu ada byk siri nak dikongsi tapi masa tu cemburu sangat agaknya, bila nak menulis je jari dan itak jadi jem. Bila jem, memang tak jadi apa2. Sebenarnya menulis ni adalah passion saya tapi apa nak buat bila badan dah letih mood nak menulis hilang begitu saja. Terlalu byk rasanya memori yang tak sempat dikongsi bersama reader (ecehhh bajet2 mcm ramai reader sgtttt).

Saya ada byk sgt blog, jd bila tengah syok bisnes produk sy akan buat blog yg baru. Dulu sy rajin buat kek so sy published blog kedai kek saya (sampai skrg org dok telefon nak order kek sbb depa jumpa blog tu). Bila ghairah berniaga tudunf, saya buat lagi blog baru. Last2 semua blog terbiar bersawang mcm tu je. Haishhh bab ni jgn la tiru saya tau. So dipendekkan cerita sy share sedikit aktiviti baru2 ni bersama pelajar saya di Karnival Bike Fest Putrajaya. Bulan September adalah bulan paling sibuk dalam hidup, mcm2 program ada. Saya pulak sekarang dah tak lagi bertugas di HQ Giatmara, saya telah ditukarkan ke center start 3 Januari 2017. Syukrannn sbb dah 11 tahun saya berkhidmat di ibu pejabat, cukuplah. Otak saya dah tepu. Bagi peluang saya cuba perkara baru pulak.

Sebenarnya karnival ni acara tahunan di putrajaya kalau tak silap, tapi ini kali pertama saya bawa pelajar, yelah kan saya baru turun ke pusat. Disebabkan semua info last minute, tak banyak yang dapat disediakan. Kami prepare seadanya sahaja, dan alhamdulillah cikgu cikgu dan pelajar komited dengan tugas yang diberi. Kalau takde mereka ni, susah juga kita nak buat kerja. Karnival berlangsung selama 3 hari tapi kami bertigas sehari sahaja iaitu pada hari Jumaat. Bukan sebab nak mengelat kerja hari minggu tapi weekend kami ada kelas Training on Demand di pejabat so terpaksalah kami semua beetugas hari Jumaat (dlm hati lega jugak sbb weekend saya ada kenduri nak attend). Mana2 individu yang berminat untuk belajar kemahiran di Giatmara Kepong atau Kuala Lumpur boleh contact saya. Atau korang LIKE je pesbuk kami tau. Inshaa allah kami update info jadi takdelah korang tetinggal ketapi..hehe

PESBUK KAMI

GIATMARA KEPONG
GIATMARA KUALA LUMPUR

Ahaaaa, saya ni giler kuasa sikit jaga 2 center. Hahaha....xdelah, apa nak buat dah terpaksa. Kita kan menurut perintah je. Layan selagi daya. Dulu ingat nak rilek bila turun center, apa ke jadah bila jaga 2 center tak dapeklah nak rilek mana pun. Padan muka!!!














 
 
Gambar di atas tu pelajar di GM Kepong. Kami ada 3 course kat sini:
 
SOLEKAN DAN TERAPI KECANTIKAN - 6bulan
FASHION AND DRESSMAKING - 6bulan
SULAMAN BERKOMPUTER - 3bulan
 
Boleh contact HOTLINE pejabat (03-61370361) kalau nak tanya apa2.
Posted by Lady Owner 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: giatmara, Karnival, kokurikulum
Newer Posts Older Posts Home

Benda yang aku suka

  • Ber Muka Buku
  • Karya Mr. Sheldon
  • Graphic Editing

Blog Archive

  • ▼  2017 (3)
    • ▼  September (3)
      • Terjumpa Khazanah Lama
      • Moh Ngeteh 2017 bersama Giatmara Kepong dan Kuala ...
      • Karnival Bike Fest Putrajaya 2017
  • ►  2013 (12)
    • ►  July (7)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2010 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)
    • ►  September (11)

Followers

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pautan Xpress

  • family (1)
  • giatmara (2)
  • Karnival (1)
  • kecantikan (4)
  • KKLW (1)
  • kokurikulum (2)
  • memori (1)
  • moh ngeteh (1)
  • resepi (4)
  • travel (1)
 
Copyright (c) 2010 Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes