Saya ada byk sgt blog, jd bila tengah syok bisnes produk sy akan buat blog yg baru. Dulu sy rajin buat kek so sy published blog kedai kek saya (sampai skrg org dok telefon nak order kek sbb depa jumpa blog tu). Bila ghairah berniaga tudunf, saya buat lagi blog baru. Last2 semua blog terbiar bersawang mcm tu je. Haishhh bab ni jgn la tiru saya tau. So dipendekkan cerita sy share sedikit aktiviti baru2 ni bersama pelajar saya di Karnival Bike Fest Putrajaya. Bulan September adalah bulan paling sibuk dalam hidup, mcm2 program ada. Saya pulak sekarang dah tak lagi bertugas di HQ Giatmara, saya telah ditukarkan ke center start 3 Januari 2017. Syukrannn sbb dah 11 tahun saya berkhidmat di ibu pejabat, cukuplah. Otak saya dah tepu. Bagi peluang saya cuba perkara baru pulak.
Sebenarnya karnival ni acara tahunan di putrajaya kalau tak silap, tapi ini kali pertama saya bawa pelajar, yelah kan saya baru turun ke pusat. Disebabkan semua info last minute, tak banyak yang dapat disediakan. Kami prepare seadanya sahaja, dan alhamdulillah cikgu cikgu dan pelajar komited dengan tugas yang diberi. Kalau takde mereka ni, susah juga kita nak buat kerja. Karnival berlangsung selama 3 hari tapi kami bertigas sehari sahaja iaitu pada hari Jumaat. Bukan sebab nak mengelat kerja hari minggu tapi weekend kami ada kelas Training on Demand di pejabat so terpaksalah kami semua beetugas hari Jumaat (dlm hati lega jugak sbb weekend saya ada kenduri nak attend). Mana2 individu yang berminat untuk belajar kemahiran di Giatmara Kepong atau Kuala Lumpur boleh contact saya. Atau korang LIKE je pesbuk kami tau. Inshaa allah kami update info jadi takdelah korang tetinggal ketapi..hehe
PESBUK KAMI
GIATMARA KEPONG
GIATMARA KUALA LUMPUR
Ahaaaa, saya ni giler kuasa sikit jaga 2 center. Hahaha....xdelah, apa nak buat dah terpaksa. Kita kan menurut perintah je. Layan selagi daya. Dulu ingat nak rilek bila turun center, apa ke jadah bila jaga 2 center tak dapeklah nak rilek mana pun. Padan muka!!!
Gambar di atas tu pelajar di GM Kepong. Kami ada 3 course kat sini:
SOLEKAN DAN TERAPI KECANTIKAN - 6bulan
FASHION AND DRESSMAKING - 6bulan
SULAMAN BERKOMPUTER - 3bulan
Boleh contact HOTLINE pejabat (03-61370361) kalau nak tanya apa2.










0 comments:
Post a Comment