skip to main | skip to sidebar

Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama

Pages

  • Home

Terjumpa Khazanah Lama

Aiii nak senyum pun ada bila belek-belek dalam folder gambar lama-lama. Salah satu benda yang paling saya suka buat bila bosan, saya akam scroll la folder yang tahun 2008 ke atau sebelumnya. Satu keburukan saya ialah tak suka pi 'cuci' gambar kesudahannya banyak koleksi yang hilang begitu sahaja. Serius sgt banyak! Especially pic dengan kawan masa bujan dulu. Mana yang ambil guna digital camera memang hancussss, paling sayang ialah pic beronok-ronok di Terengganu meraikan bachelor day saya. Aduhai, mana lah nak dikorek lagi. Habis semua kene virus. Sakit hati betul.

Sebab tu sometimes sy suka uplod ke data pesbuk je sbb apa hal senang boleh retrieve semula kan. Mungkin ada org kata elehhh itupun nak haplod, tapi itulah salah satu penyelesaiian yng ada selain simpan dlm cloud/drive. So, jangan lah bosan bila banyak post bergambar hehe. Kadang nak menulis di blog tak rajin mana, itu yg post je di pesbuk walau tanpa ayat2 manis leting nak dibaca.

Tapi pic yang ini memang lejen, gambar diambil masa kenduri kawin anak buah saya yg sulung. Sekarang anak dia dah nak masuk 5 org! Kami? Masih berdua macam dulu kala. Allah tak bagi rezeki anak pd kami lagi, saya pun malas nak fikir nanti jadi tension. Orang keliling pun malas dah nak tanya kot, cuma biasalah makcik yang tua-tua je yang dok tanya kenapa? Haha, kalaulah anak tu sesenamg mcm pi shopping kat supermarket, sekarang gak kami pi beli ye..so makcik bawang nak tanya boleh tapi jangan tanya KENAPA. Silap penggunaan soalan tu, sebab yang nak menjawab pun susah bila soalnnya KENAPA. Cuba ubah sikit teknik bertanya supaya yang ditanya pun bertenang je nak menjawab. Tak gitu???

Ahaaa, klu cerita bab anak kang tak habih pulak. Saya fikir positif je, kurang2 esok saya takde nak menanggung menjawab di hadapan DIA bila disoal ttg tugas dan tjawab sbg ibu bapa. Kat dunia je lah perit sikit nak mengadap manusia tapi takpe sbb dunia ni tak kekal. Cuma jika Allah beri rezeki, alhamdulillah syukur dan terima seadanya. Jika ditakdirkan takde, hidup juga perlu diteruskan. Mudah2an diberi kesihatan supaya tidak menyusahkan ahli keluarga yang lain, yelah kita makin tua dari sehari ke sehari bukannya makin gojes...ehehe.

Baju ni sy masih muat lagi, Allahu dah lama rupanya. Patutlah batu-batu hiasan dah tercabut..huhu



Azim dgn paksu menonton Moto GP di Sepang. Masa ni dia kecik dan suka mengikut kami ke mana-mana

Nasib baik bawa bekal biskut, budak kecik lapar dan susah pulak tu cari makanan.
Posted by Lady Owner Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: family, memori

0 comments:

Post a Comment

Older Post Home

Benda yang aku suka

  • Ber Muka Buku
  • Karya Mr. Sheldon
  • Graphic Editing

Blog Archive

  • ▼  2017 (3)
    • ▼  September (3)
      • Terjumpa Khazanah Lama
      • Moh Ngeteh 2017 bersama Giatmara Kepong dan Kuala ...
      • Karnival Bike Fest Putrajaya 2017
  • ►  2013 (12)
    • ►  July (7)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2010 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)
    • ►  September (11)

Followers

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pautan Xpress

  • family (1)
  • giatmara (2)
  • Karnival (1)
  • kecantikan (4)
  • KKLW (1)
  • kokurikulum (2)
  • memori (1)
  • moh ngeteh (1)
  • resepi (4)
  • travel (1)
 
Copyright (c) 2010 Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes