skip to main | skip to sidebar

Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama

Pages

  • Home

Ayam Percik Ala Kelate

Nampaknya hari ni betul-betul hari holiday saya..banyak sungguh masa nak mengemaskini blog ni. Pagi-pagi lagi saya dan setelkan cuci kain (dari semalam tak ingat dah berapa trip..) dan jemur. Almaklum, cuaca terik tu yang jadi semangat betul nak mencuci ni. Kalau anda nak tahu, saya memang cukup teruja dengan cuaca yang terik, tak tau kenapa. Rasa semua benda nak saya cuci. Sampaikan kadang-kadang menyelongkar cari 'sesuatu' yang boleh dicuci alang-alang cepat kering kan?? Pelik jugak saya ni rupanye ya..

So entry ni cuma untuk berkongsi resipe hari ni. Saya cuma prepare nasi tomato saje untuk di matchkan dengan ayam percik ala kelate dan daging goreng bersambal cendawan. Ha?? Excited tak dengan nama resepi tu..hikhik..baru je cipta tadi. Sebenarnya mengikut kebiasaan nasi tomato akan dihidang bersama ayam masak merah. Jadi sebab dah boring masak benda yang sama, saya cuba mencar kelainan dengan memadankan nasi tomato dengan menu yang tak asing lagi iaitu ayam percik. Jom kita tengok resepi mudah ni.


AYAM PERCIK

Bahan-bahannya
Ayam sebelah - dipotong sederhana besar
3 biji bawang merah - kisar
1labu bawang besar - kisar
Segenggam cili padi - kisar (nak pedas tambah la lebih)
2 sudu besar cili boh
Satu peket santan
Sebatang serai - titik
1 cm halia - kisar
1 cm kunyit hidup - kisar
Sedikit jintan manis dan jintan putih
Sedikit ketumbar
Madu untuk perap ayam

CARA- CARA
1. Perap ayam dengan madu, halia, bawang yang dikisar,kunyit hidup, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Masukkan sedikit garam dan gula. Biarkan dlm 30 minit.
2. Masukkan perapan ayam tadi dalam periuk bersama dengan cili boh dan cili padi serta serai yang dah dititik. Masukkan santan cair.
3. Gunakan api sederhana, masak hingga ayam hampir empuk. Masukkan bancuhan tepung beras. Kacau hingga pekat. Tambahkan asam jawa jika suka. Garam dan gula secukup rasa.
4. Keluarkan ayam dan panggang dalam oven/atas api hingga kekuningan. Selepas masak, curahkan baki kuah percik tadi ke atas ayam.
5. Sedia untuk dihidangkan..wallaaaaa
Posted by Lady Owner Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: resepi

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Benda yang aku suka

  • Ber Muka Buku
  • Karya Mr. Sheldon
  • Graphic Editing

Blog Archive

  • ►  2017 (3)
    • ►  September (3)
  • ▼  2013 (12)
    • ►  July (7)
    • ►  March (2)
    • ▼  February (3)
      • TENTANG KURUSSSSS
      • Ayam Percik Ala Kelate
      • Tiba-tiba Rasa Nak Menulis tentang CANTIK
  • ►  2010 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)
    • ►  September (11)

Followers

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pautan Xpress

  • family (1)
  • giatmara (2)
  • Karnival (1)
  • kecantikan (4)
  • KKLW (1)
  • kokurikulum (2)
  • memori (1)
  • moh ngeteh (1)
  • resepi (4)
  • travel (1)
 
Copyright (c) 2010 Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes