skip to main | skip to sidebar

Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama

Pages

  • Home

Hari-Hari Terawal di London

Ok ni Kak Jemah nak cerita ceriti tentang hari-hari terawal kami di bumi London. Nak dijadikan cerita..kami fly dari KLIA lebih kurang 10.30 pagi..dalam flight tu jangan ceritalah kan..memang sakit pinggang..sakit kaki...lenguh sendi...pendek kata macam2 yang sakit. Sebabnye kami punyer flight direct 12 jam dari KL. Ada yang 1st time nek flight mulalah goncang jiwa bila kapal terbang langgar awan (sapa slalu nek mesti tau cemana asanye kan). Kak Jemah ni pulak langsung tak boleh lelap. Konon siap telan 2 biji pil tido ambik siap2 dek onnn kat klinik panel. Hampehhh...12 jam jugak mata Kak Jemah terbeliak tak boleh tido. Bila bukak tingkap (kebetulan duduk tepi skali)..asyik siang memanjang. Cemana lah nak tido kan.

Masa pergi tu best sebab kami duduk sebaris 3 org..row last skali. Jadi nak pi toilet mmg senang. Blkg kami ada space jauh sikit untuk row seterusnya. So kalau nak rebahkan kerusi tu takdelah nak control2 org belakang. Memang besttt!!! Makanan pun superb jugak..membina badan la katakan. Sampai rasa nak termuntah (bukan sebab tak sedap), sebab kenyang sangat. Kalah ulor sawa!! Tak caya cerr tengok gambar di bawah. Kalau amik gmbr slps confirmm licinnn. Cheese cake tu seriusss sedapp wehhh. Rasa cam nak tambah lagik je. Itu blm campur eskrem lah...coklat lah..kacang etc. Memang meriah toilet kami kerjakan. Dah tu asyik makannn je.


 Ni gambar baju korporat kami yg ditempah khas untuk program ni. Snap mlm sblm nak fly

 Yang ni nasi apa tah..side dish yg brownies tu mmg superbb jugak..I loikeeee

Ok..Kak Jemah makan sambil berselimut. Haah..kau hado?? Kalau makan kat umah berselimut tu mmg nak kono lah tu kan...pemalehh tahap apo tah..Cheese tu Kak Jemah bg 200% lah markahnyerr..

Ok Kak Jemah layan2 movie nak isi masa kononnye. Mata asyik tengok jam jek bila nak sampai ni. Last2 sampai jgk kami kat Heathrow. Masa tu lebih kurang jam 4.30pm waktu London. Kat Malaysia dalam kul 10.30mlm. Kitaorg pun bergerak le beramai2 nak ke border UK tu kan. Elleh nampak cam tak menarik sgt je airportnye (dalam ati je). Kak Jemah selaku Ketua Delegasi mestilah jalan blakang skali (bukan depan ye) sbb nak pastikan takde yang tertinggal. Beratur xdelah panjang mana...ramai org Malaysia pun. Ntah cuti ke.kerja ke..idakle Kak Jemah rajin nak tanye. Sibbaik kami dapat check-in dalam grup. Punyerrlah lama imigresen tu dok tanye itu ini..heiii sampai mcm nak tershashul cakap Melayu pun hado. Lebih kurang 30 min kot kami lepass. Dah habis interview, pi pulak dan claim baggage. Mmg xde masalah lah..semua box dan baggage selamat sampai. Kita pun dgn bangganya jalan ramai2 keluar tempat arrival tu. Mata dok tenang2..aiikk xde pun org pegang sepanduktulih nama kita ni..cari punyer cari SAH!! Memang xde org tunggu. Aiyooo gelabah sekejap. Tapi dengan machonya Kak Jemah ke hulu hilir (masa ni mmg dah kena praktis ckp omputih gaya British yerr..ekekekekeek) mencarik SIM CARD. Oklah dapat beli dengan harga GBP20 = RM100 lebih kurang. Mahallll rasanye kan?? Tapi dah nk call agen kenalah beli jgk. Masa tu tak dan dah nak survey2 brand apa nk beli. Hentam saje lah labu..Adoiiyaii. Yang lucunye agen dok ingat kami sampai esoknyer..sebab silap kira. Kami bertolak dari KL 17/5 kul 10pagi..so smpai London masih 17/5 tapi jam 4.20 ptang. So..kawan2 esok2 silalah kira betoi2 dan tgk je kat e-ticket tu. Kak Jemah ni konon terer benor matematik haahh..hambik kauuu...

Apapun kami selamat sampai ke apartmen kami setelah jeuh berpusing2 cari LANWWARD COURT. Chaitt Pak Arab drebar tu dok tanye kita pulak jalan mana..apo, ingat aku duduk sana bertahun tahun kerr..grrrr..Apapun mmg best sbb pengalaman lucu kat airport bila kawan2 yg dok boring tunggu agen tak sampai2 ni kan kunun2 nak bersiar2 kat luar. Kak Jemah kata ok tapi jgn pi jauh2 (chewahh!! iyelah sbb ni bukan tempat kita..takut jgk kalau ilang mana nak carik dek non!). Alih2 tak sampai 3 minit dah masuk building balik. Bila tanye kenapa?? Rupanye tak tahan sejukkkk...hahahahahah!!! Memang siyess sejuk tahu...dalam 8 celcius kot..angin tu jgn cakaplah mmg menggigil tulang kering ni. Sib baik Kak Jemah selimut ori teal jadi idakler sejuk sangat. Depa yg cengkeding tu mmg tak tahan sejuk lah.

 Kedai kegemaran aku tu..waitrose. Macam pasaraya kecik. Popular kat sana. Slalu beli mineral water la kat sini..kalau 4 botol (1.5ltr sebotol) dlm GBP1.20 = RM5++. Murah je kannn..

 Apartmen kitaorg betul2 belakang Argos tu k. Jalan besar ni namanye Edgware Road. Blkng tu Harrowby Street. Ada Victoria casino kat tepi Argos..apsal tah aku x jumpa gambar Lanward Court tu dari depan. Yang signboard oren tu Ryman..kedai stationery. Kalau kat sini leh lah disamakan dengan POPULAR kot.

Waaa ini kedai Pak Arab tempat kami beli daging/ayam. Habis ko ingat tak teringin ke nak makan daging kat sana wehhh. Larat nak makan ikan masin je? Huahuahua..masa ni harga seekor anak ayam (sbb kecik) GBP2 = RM10 dan 1/2 kg daging kisar GBP3 = RM15. Buah dan sayur2an kami beli kat pasar je..pasar apa? Nanti lah Kak Jemah buat entry pasar Church Street ni yer. Banyak nak cerita...Kedai arab ni berdepan dengan Waitrose tadi tu.


Memula kami tumpang apartmen lain dulu sbb yelah dah silap date. Esoknye baru kami 6 orang tuko apartment yg sebenar. Group satu lagi tu (4org) mmg dah terus dpt apartment diaorg. Haii berpindah randah lagi lah kami. Dah la tu lif kat sini ada satu je tau. Nak mengangkut tu haaa..berkotak2 barang. Sampai umah masa tu kul 7pm kot..kat Malaysia dah  kul 2pagi. Mata masing2 layu..jetlag!! Tapi perut lapar..mana nak carik roti semua...seb baik beras masuk dlm luggage jadi boleh lah masak nasik. Lauk?? Kak Jemah makan dengan kerepek kentang pedas je. Mana nak bukak kotak yg berlambak2 tuh. Xde label pulak tu. So esok2 kalao nk gi jauh silalah LABELKAN kotak2 anda supaya senang di kemudian hari. Hihihii... Ok meh kita layannzzzz gambar apartmen tu. Periuk semua cukup. Umah orang Arab. Tapi kami samak jugaklah..dah beli siap2 sabun TAHARAH.


 Beg tu nampak kecik dalam gambar tapiii berat dia shj dah 7kg. Belum isi pape lagi.

 Hall kami yang agak comel tapi bila dah last2 tu nampak tak baper nak comel. Kusuttt aku nengok sbb dh trsnform jd mcm laundry area.

 Meja makan comel jgk. Tapi kitaorg makan merata-rata je..hahahaha

Inilah bilik Kak Jemah. Owhhh I missed this room sooo much!!!! Kat tingkap tu lah dok hari2 mengintai kat luar tapi takde nampak apa pun. Nampak ni je...sila tgk bawah...


 Ingat ni pukul berapa?? Kul 4.30 pagi oiiii


Ini kul 9 malam....huahuahua. Kami Maghrib kul 9.30mlm. Sila PERCAYA!!









Posted by Lady Owner Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Benda yang aku suka

  • Ber Muka Buku
  • Karya Mr. Sheldon
  • Graphic Editing

Blog Archive

  • ►  2017 (3)
    • ►  September (3)
  • ▼  2013 (12)
    • ▼  July (7)
      • Penangan Berpuasa
      • MENGAJI DI BUMI LONDON
      • Jom Shopping di Harrods
      • SHAKLEE...Teruja
      • Jalan-jalan di Royal Parks, London
      • Hari-Hari Terawal di London
      • Program Di London
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2010 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (8)
    • ►  September (11)

Followers

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Pautan Xpress

  • family (1)
  • giatmara (2)
  • Karnival (1)
  • kecantikan (4)
  • KKLW (1)
  • kokurikulum (2)
  • memori (1)
  • moh ngeteh (1)
  • resepi (4)
  • travel (1)
 
Copyright (c) 2010 Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes